
Rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa atas nikmat yang diberikanNya untukku dan suamiku di saat kami tidak menduganya. Setelah hampir 9 bulan menanti, akhirnya kami menerima berita gembira yang kami bakal menimang zuriat. Kini kanduanganku telahpun berusia 33 minggu. Alhamdulillah. Rasa syukur dan rasa tidak percaya bercampuk aduk. Apa tidaknya, kami menerima berita gembira tersebut di saat kami sedang bersedih dan risau dengan kesihatanku.
Beberapa minggu sebelum itu, aku telah membuat pemeriksaan dengan specialist di An-Nur dan beliau mengesahkan yang terdapat 'cysts' di dalam rahimku. Aku menjalani pemeriksaan lanjut untuk memastikan sama ada ianya 'cancerous' atau tidak. Semasa menunggu keputusan pemeriksaan tersebut, aku dan suami tidak putus berdoa agar aku dijauhkan daripada penyakit berbahaya itu. Perasaanku pada masa itu hanya Allah yang tahu. Rasa risau dan takut sentiasa menghantuiku. Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu, doktor mengesahkan bahawa 'cysts' tersebut tidak 'cancerous'. Ya Allah, betapa lega perasaanku ketika itu. Tapi doktor menyarankan agar aku menjalani pembedahan kecil untuk membuang 'cysts' tersebut. Aku dan suami mengambil masa hampir 2 minggu untuk memikirkan perkara tersebut. Dalam masa yang sama, kami terus berdoa agar 'cysts' tersebut hilang, jadi aku tidak perlu menjalani pembedahan tersebut. Selepas hampir 2 minggu, kami mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor di Az-Zahra pula bagi mendapatkan pendapat kedua. Dan, alhamdulillah 'cysts' tersebut telah tiada. Kami menadah tangan mengucap kesyukuran ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.
Dan seminggu selepas itu, aku sedar yang haidku masih belum datang. Bunga-bunga harapan mula berputik di hati, tapi aku cuba untuk tidak memikirkannya. Aku takut untuk mengharap. Aku tidak mahu rasa kecewa lagi. Akhirnya aku dan suami membuat keputusan untuk berjumpa doktor dan Alhamdulillah, doktor mengesahkan aku mengandung. Rasa tidak percaya masih menebal dalam hatiku pada masa itu, tapi aku sedar Allah Maha Berkuasa. Di saat kami bersedih, takut dan benar-benar berserah kepadaNya, Dia memberikan hadiah yang tidak ternilai untuk kami. Kami amat bersyukur.
Aku sentiasa berdoa agar segalanya akan berjalan dengan baik dan semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi anak yang soleh.
'Mama sayang sangat kat baby...:)'
1 comments:
setiap dugaan ada hikmah besar yg menanti di hadapan.Tenang dan sabar serta solat pasti Allah beri dgn kadar waktu yg hanya Dia yg ketahui.Spt saya juga tak lekang dr ujian.Namun saya yakin kemanisan menunggu di hadapan.Moga kita sama2 kuat menghadapi tiap dugaan.Saya adalah org paling gembira mendengar n mendapat tahu kehadiran cahayamata yg awak nantikan selama ini.Kalo tak sure sekrg nih awak akan call or sms saya awak sdg bersedih kan? hihih..alhmdulillah nmpk keceriaan d hati awak skrg ini.Sy amat bersyukur krn shbt saya ceria kembali..
Post a Comment