Wednesday, January 16, 2008

Date with Doctor :)

Semalam (16 Januari 2008) aku dan suami telah pergi ke Ampang Putri untuk 'check-up'. Saat yang sememangnya aku tunggu setiap bulan.

Seperti biasa, kami terpaksa menunggu hampir sejam setengah sebelum namaku dipanggil. Dr. Fauziah juga seperti biasa akan bertanya sekiranya kami ada sebarang pertanyaan mengenai kandunganku. Aku cuma melahirkan rasa bimbangku mengenai diriku yang sering berasa seperti hendak pitam. Badanku juga sering berasa sejuk di bahagian dalam. Kata doktor, itu disebabkan tekanan darahku yang rendah. Doktor juga memeriksa tahap hBku dan hasilnya ianya telah menurun ke 10.5 daripada 12. Aku dinasihatkan untuk mengambil sepenuhnya ubat yang doktor berikan. Dan yang paling aku ingat, doktor bertanyakan aku "Ada minum teh tak?". Terasa seperti sebiji das tembakan terkena mukaku. Suamiku tersenyum-senyum di sebelahku. Aku mengangguk perlahan. :) "Teh tak boleh minum, nanti dia absorb ubat-ubat yang awak makan tu..." Oh tidak!!Suramlah pagiku selepas ini. Setelah berjaya meninggalkan minuman kegemaranku Nescafe, aku beralih kepada teh pula. Itupun, aku berusaha untuk mengambil cuma beberapa hirup sahaja setiap pagi. Hendak tinggalkan terus, memang terasa peritnya. Tapi pagi tadi, aku cuba sahut cabaran baru ini. Terpaksalah menelan Milo yang sememangnya tidak kugemari. Nasib badan...

Dr. juga seperti biasa 'scan' perutku yang comel ni. Kata Dr., berat baby sudah 2kg. Wow..Sedang Dr. cuba untuk merakam gambar 3D wajah babyku, Dr. dapat panggilan telefon memintanya ke Labor Room 5. Kecewanya aku. Tapi apakan daya, sudah tanggungjawab Dr. Pasti ada baby yang perlu Dr. sambut. Dan beberapa minggu lagi, akan tiba pula giliran aku. INsyaallah.

Walauapapun, aku tetap lega sebab babyku sihat dan 'progress well'. Syukur pada Allah. Selepas makan dan solat Asar, kami pun bertolak pulang ke rumah. Dan sekali lagi, dalam perjalanan, aku terasa seperti hendak pitam dan aku hanya terbayang katil dan bantal-bantal di

rumah. Doaku, cepatlah sampai..


0 comments:

 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase