Monday, January 21, 2008

A few weeks to go

Kandunganku sekarang sudahpun berusia 34 minggu. Semakin hari terasa semakin perlahan masa berlalu. Mungkin sebab aku sudah tidak sabar menanti saat kelahiran permata hati tercinta.

Bagiku pengalaman mengandung adalah pengalaman yang amat manis bagiku. Aku rasa semua ibu merasakan perkara yang sama. Alhamdulillah, saat awal kehamilanku, aku tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma sakit kepala yang agak teruk beberapa kali di bulan-bulan pertama. Selepas itu, segalanya berjalan lancar.

'Midvalley' menjadi tempat persinggahan kegemaranku. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku mengajak suamiku ke Midvalley, biasanya selepas kerja. Pening kepala suamiku dengan telatahku. Walaupun beberapa jam berjalan, aku masih lagi bersemangat sedangkan suamiku sudah mengadu lenguh kaki.

Aku juga mula berjinak-jinak dengan 'online shopping'. Bermacam-macam laman web yang aku lawati. Antaranya:

http://www.littlewhiz.com/
http://www.mybbstore.com/
http://susuibu.com/
http://www.momlittleones.com/

Seronok juga rupanya online shopping. Crib set, stroller dan car seat aku beli secara online memandangkan harganya lebih murah. Alhamdulillah, barang-barang tersebut aku terima dalam keadaan yang baik. Selepas ini rasanya akan lebih banyak barang aku akan beli secara online.











Mengidam? Rasanya aku tidaklah mengidam sangat. Cuma teringin hendak makan beberapa jenis makanan, antaranya - pulut sekaya/ seri muka, durian dll. Tapi yang memang betul-betul aku mengidam adalah untuk membeli handphone. Hampir setiap minggu aku mengadu kepada suamiku yang aku teringin sangat hendak membeli handphone. Tetapi, aku terpaksa betul-betul pertimbangkan hasratku memandangkan kami perlu membeli barang-barang keperluan baby. Namun, akhirnya aku bulatkan nekadku untuk membeli handphone baru setelah aku tidak mampu lagi melawan perasaanku. Memang terasa puas dan gembira tidak terkata apabila handphone baru berada di genggamanku.

Sekarang, membeli-belah sudah tidak menjadi pilihan utamaku. Aku lebih suka berehat di rumah. Maklumlah, aku cepat berasa penat dan letih. Cuti adalah hari yang sememangnya aku nanti-nantikan. Aku harap segalanya akan berjalan lancar sehinggalah aku selamat melahirkan babyku nanti. Dan semoga aku dapat menjadi mama yang baik dan menjadi kebanggaan anakku nanti.

0 comments:

 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase