Sunday, January 31, 2010

Still trying my best as MAMA

Last month, Isyraf batuk dan selsema lagi. Selepas sihat lebih kurang sebulan. Dan setiap kali Isyraf tidak sihat, aku tak henti-henti mengasak diri aku sendiri di mana silap aku. Aku harap,selepas Isyraf tinggal di rumah denganku, kekerapannya dijangkiti penyakit akan kurang, tapi nampaknya macam semakin kerap. Timbul juga rasa besalah dalam diri aku. Setiap kali Isyraf tidak sihat, setiap kali itu jugak aku akan mengalirkan air mata - risau, sedih & bersalah.

Aku selalu bertanya pada diri sendiri, am I a good Mama? Aku sedar, menjadi Mama yang baik bukan mudah. Tugas yang sangat besar sebenarnya - untuk menjaga kesihatannya, pemakanannya, membimbingnya, mendampinginya dan berbagai lagi. Kadang-kadang aku berasa sangat letih dan penat, tapi aku tahu itulah nikmatnya menjadi seorang Mama. Dialah pengubat segala duka.

Tapi aku yakin dan sentiasa percaya, kasih sayang Mama tiada tandingannya. Biar pun aku bukan sebagus mana, aku yakin Isyraf pasti lebih suka bersamaku berbanding orang lain. Dan aku juga rasa, banyak perubahan yang aku lihat pada Isyraf. Contohnya, Isyraf sudah pandai mengmbil tuala dan memasukkan baju yang dipakai ke dalam bakul sebelum mandi, membaca doa sebelum makan (kadang2 tanpa disuruh), dah kenal dan sebut a few letters, menadah tangan membaca doa selepas azan. Walaupun semua perkara ini nampak biasa, tapi bagi aku, semua itu adalah istimewa.

Aku akan cuba terus yang terbaik untuk Isyraf. Kadang-kadang, aku sibuk dengan kerja rumah, aku terlupa untuk melayannya. Semoga stiap maa dan ketika adalah 'precious moments' bagi kami.

0 comments:

 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase