Friday, January 8, 2010

Holiday in Langkawi

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat balik ke Langkawi masa cuti Krismas yang lepas. Flight dah ditempah awal, jadi walaupun Isyraf masih batuk, kami buat keputusan untuk balik jugak diiringi doa yang tidak putus2. Alhamdulillah semuanya ok kecuali Isyraf menangis-nangis dalam kapal terbang nak turun dari seat (nak berlari2lah tu). Nasib baiklah flight sejam je.

Kali ni balik terasa lebih 'best'. Bukan saja dapat jumpa mak, cik, mak dan ayah, kebetulan kak dan abang pun balik. Lepas rindu selepas berbulan dah tak jumpa. Dapat pulak makan sotong fresh dari laut. Memang sedap sangat. Suami sempat ikut kawan ayah dan abang pergi candat sotong. Diarong bermalam di laut, bertolak pukul 7 malam, balik pukul 8 pagi esoknya. Dapatlah 15 kg sotong. Ayah bungkuskan kat kitorang untuk bawak balik, mula2 ayah balut sotong-sotong tu dengan surat khabar, then balut dengan plastik baru masuk peti sejuk. Esoknya bila bawa balik ke Bangi, memang macam fresh lagi.

Isyraf pulak dapat mandi laut dengan sepupu-sepupunya 5 orang . Memang bestlah diorang. Mandi kat laut dekat dengan rumah je. Lepas mandi laut, bilas diorang dengan air perigi kat situ, then jalin kaki ramai-ramai balik rumah. Esoknya, bawa Isyraf & 2 sepupunya ke Harbour View & Awana. Kebetulan kat Harbour View ada mini Petrosains, ada banyak mainan yang more to sains. Bestlah diorang main, Isyraf sampai tak nak balik.

Sehari sebelum balik, ayah & mak bawa cucu-cucu naik bot, makan angin. Aina, Aysfa & Isyraf excited sangat. Aku pun ikut sekali sebab aku pun teringin sangat. Ayah bawa jalan-jalan tak jauh dari pantai. Cantik sangat. Pemandangan pantai dekat dengan rumah tu pun cantik sangat, aku pun tak sangka. Boleh nampak Langkawi Village dari situ. Lepas naik bot, diorang mandi laut lagi. Isyraf bukan main suka lagi. Habis berkilat kulit. Huhu. Alhmdulillah batuk Isyraf pun makin baik.

Memang best sangat balik Langkawi. Sedih je bila dah nak kena balik sini. Sunyi pulak rasa bila tinggal dengan Isyraf je kat rumah. Tak sabar nak balik Langkawi lagi. Abang, jangan marah...nak buat macam mana, Langkawi memang best :)

0 comments:

 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase