Thursday, January 21, 2010

Isyraf Rindu Ye

Teringat kisah Isyraf hari Isnin baru ni. Sehari selepas tok, tok wan dan Pak Su Isyraf balik ke Rompin. Aku tengah rajin memasukkan gambar ke dalam frame..Isyraf pun sibukla jugak melipat-lipat gambar yang ada. Tiba-tiba, aku dengar Isyraf menangis syahdu, sampai mengalir air mata. Aku tengok dia tengah pegang gambar kami beramai-ramai dengan tok, paksu dan yang lain2 semasa di Bukit Tinggi. Dia asyikla renung gambar tu, sambil menangis. Sebaknya aku tengok. Masa menaip ni pun rasa bergenang air mata aku. Aku pujuk dia..mula2 aku macam tak percaya yang dia dah pandai tuntuk emotion dia mcam tu..Aku tunjuk lagi sekali gambar tu, dia nangis lagi. Nangis yang shahdu. Bila tunuk gambar Abi dia pun nangis. Bila tunjuk gambar aku, dia tak nak. Aku rasa mungkin betullah dia masih teringat lagi...

Dah besar rupanya Isyraf, dah pandai merindu...nanti kita balik Rompin ye sayang...Lagipun esok, tok, tok wan dan pak su akan datang lagi...

0 comments:

 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase