Thursday, November 18, 2010

It's Time to Rest

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai Rompin lebih kurang pukul 4 pagi. It's a long, sleepy journey. Luckily, kali ni kami balik dengan kelisa, so I can drive despite my problem of night driving. And Isyraf was sooooooo good, sitting quietly in his car seat. Cuma, dia asyik sebut "tol..tol..', means dia nak lalu tol sekerap yang boleh. Oh my prince..And I kept saying, "Isyraf, u should not like tolls, they are no good...huhu". Lepas je keluar dari LEKAS, jalan jam teruk. Rasanya almost sejam jam...fuhh, letih...

Raya haji kat Rompin, macam tahun lepas, kurang meriah since sedara mara semua kat kedah. But, the best thing is I can take a break. I mean, tak yah basuh baju, sapu sampah, mengemop etc. Tolong masak sikit-sikit je. Haha, ngelatkan? Sometimes I feel lika I am not a good daughter in law. Bukan apa, my MIL pukul 6 pagi dah buat breakfast, I just couldn't lift my head off the pillow (plus my aunt flow was visiting me).

Isyraf was enjoying himself as well. Dia asyik main dengan pak su and luckily pak su rajin layan Isyraf. Tok wan pun rajin layan Isyraf, bawa Isyraf naik motor. So, I had time to change my blog's template (well, belum siap pun lagi...huhu). The best thing, esok nak pegi Gambang Resort, bawa Isyraf mandi kolam. Ingat nak pegi balik hari, then my FIL ajak tido sana je. So, esok tengah hari bertolak ke Gambang (gambang ni sebelum sampai Kuantan kalau dari Rompin) dan tidur sana satu malam. I just can't wait...

Wednesday, October 6, 2010

What I love being a stay at home mom

Honestly, saya sangat suka hidup seperti sekarang. Saya sangat hargai peluang ini. Kadang-kadang terasa kenapalah saya tak pilih untuk hidup macam ni dari dulu (well yea, lupa pulak, sebelum ni I was bonded with TNB, tak kuasa nak bayar balik ).

Firstly, saya enjoy dapat luang banyak masa dengan Isyraf. Saya suka sangat sebab ada di sisi bila dia buka mata. Really enjoy mandikan (tapi kadang-kadang geram jugak bila dia buat tak nak mandi) dan gosok gigi Isyraf, makan together (well, time dia nak makanlah sebab he's so choosy about food), tengok VCD together (of course bukan tengok my favorite movies..apa lagi kalau bukan Barney, Brainy Baby, Iqra' etc huhu), keluar together (hmm..I always heret him with me to the banks, post ofice, kedai, even JPJ sebab selalu tak sampai hati nak hantar nursery) dan kadang-kadang tidur 'siang' bersama (nak buat macam mana, tertidur :p). The most important thing rasa lega sangat dapat jaga Isyraf sepenuhnya bila dia tak sihat. Tak perlu risau nak minta cuti. Memanglah, ada masa teruji jugak kesabaran. Tapi dialah juga penyejuk mata dan penyejuk hati. Saya suka dapat teman Isyraf belajar. Dia ni suka sangat belajar by watching VCD. ABC, 123, alif ba ta, shapes, colors, animals semua dia beajar dari VCD. I just need refresh him dengan flashcards, main teka-teka (like "Isyraf, what color is this?" sambil tunjut kat my skin and he said "white.."..hehe, clever boy) dan nyanyi together (we sang a lot of nursery rhymes & definitely lagu-lagu BArney..dah tiap-tiap hari dengar..:p). Now he is learning to recognise words and his 1st favorite words are GO and STOP (well, he learnt from Barney as well..thank you Barney :) ). And I really hope that I will laways be by his side in this beautiful journey.

Secondly, saya rasa lebih tenang sebab keadaan rumah lebih terurus. Bukannya cantik atau bersih sangat pun, tapi at least kebanyakan urusan rumah beres. Memanglah penat, boleh kata hampir setiap masa ke sana ke sini. Apa taknya, bangun pagi, to do list nya panjang sangat. Dari basuh baju, sidai baju, lipat baju, sirampokok, kemas rumah, mop and vakum, tukar cadar smpailah masak dan mengemas dapur. Bak kata orang, memang tak habislah kerja.Tapi hati dan fikiran terasa lapang. My husband pun suka. Apa taknya, bila balik dari tempat kerja, dinner biasanya dah siap (tapi kadang-kadang ngelat jugak bila terpaksa keluar). Dia dah tak perlu nak tolong buat kerja rumah lagi macam dulu (kecualilah ada benda yang tak sempat wife dia nak buat, selalunya basuh diapers hehe). Waktu malam memang kami boleh habiskan masa togther, tak de kelam kabut nak siapkan kerja rumah. Memang terasa sangat bezanya masa saya kerja dulu.

Thirdly, saya sentiasa ada bila mak, ayah, adik-beradik, keluarga mertua dan saudara mara bertandang ke rumah. Saya boleh jemput mak dan ayah di airport, tolong adik settlekan urusannya dan luangkan masa dengan keluarga yang bertandang. Saya juga boleh balik kampung bila-bila masa bila ada keperluan. Hati terasa puas. Tak perlu lagi risau cuti akan habis.

Banyak lagi kepuasan bila menjadi staying at home mom. Tak yah risau tentang kesesakan lalulintas, tak tension dengan bos, tak ada KPI, tak yah minta cuti dan bermacam-macam lagilah.

Cuma, for me I have to do something jugak to generate income & asah fikiran ni. Kalau tak, memang akan rasa boring dan rasa otak ni berkarat. At least I can have my own pocket money, boleh jumpa kawan-kawan and boleh belajar & try macam-macam. I have started my online business (well, still a long way to go..hmm..), mengajar tuisyen Prinsip Akaun, jadi consultant CWA (a lot more to polish), jadi cikgu mengajar budak-budak membaca (nak tengok whether I can work with kids or not coz I really love childhood education) and ada peluang tolong kawan jagakan kedai dia (ni tengah jaga kedailah ni, nak rasa feel berbisnes...). Dulu, bila kerja, I have to limit myself to do the same thing and the worst part is I can't decide what I want to do. I have to admit that I may not earn macam dulu,but terpaksalahkan bersusah-susah dahulu...my aim is to be businesswoman yang boleh menyumbang untuk Islam dan umat Islam..Amiinn..

Nak tutup kedai dah ni..:)

p/s: Take pride in all that you do..

Kembali menaip

Lamanya tak update blog. Bukannya apa, masa terasa tak cukup. Bila ada peluang mengadap laptop, bermacam benda nak buat. Jadi blog ni tak sempat pun nak jengah. Dah bersawang dah ni :P. Harapnya dapat teruskan blog ni dengan dimensi baru. Biar blog ni jadi lebih bermakna. Harapnya.


P.S: Jangan sedih bila diri tidak dihargai, tapi menangislah bila diri tidak berharga

Sunday, February 21, 2010

Mix Pictures

Baru berkesempatan nak upload gambar. Tapi bercampur2lah. Ni pun dari hp je.



Di Bird Park KL - tapi tak masuk pun sebab dah nak zohor. Plan nak pergi lagi on Isyraf's birthday



Di Tasik Cempaka, bawa Isyraf jogging. Punyalah semangat Isyraf jogged. Ni berehat sekejap, Isyrafmemang suka duduk atas batu bulat2 ni :)


Di nursery, beli pokok. Mama & abi sibuk survey pokok, Isyraf sibuk main air. Abis basah baju. Pening kepala orang kedai ni.



Abi dah penat berkejar dengan Isyraf kat the Gardens, letak dalam ni barulah diam. Mama pulak, macam biasalah, sibuk shopping barang-barang Isyraf.



Di Cameron Highland, kat ladang teh. Panjat naik sampai atas. Fuhh, best betullah. Hijau je..





Sunday, January 31, 2010

Still trying my best as MAMA

Last month, Isyraf batuk dan selsema lagi. Selepas sihat lebih kurang sebulan. Dan setiap kali Isyraf tidak sihat, aku tak henti-henti mengasak diri aku sendiri di mana silap aku. Aku harap,selepas Isyraf tinggal di rumah denganku, kekerapannya dijangkiti penyakit akan kurang, tapi nampaknya macam semakin kerap. Timbul juga rasa besalah dalam diri aku. Setiap kali Isyraf tidak sihat, setiap kali itu jugak aku akan mengalirkan air mata - risau, sedih & bersalah.

Aku selalu bertanya pada diri sendiri, am I a good Mama? Aku sedar, menjadi Mama yang baik bukan mudah. Tugas yang sangat besar sebenarnya - untuk menjaga kesihatannya, pemakanannya, membimbingnya, mendampinginya dan berbagai lagi. Kadang-kadang aku berasa sangat letih dan penat, tapi aku tahu itulah nikmatnya menjadi seorang Mama. Dialah pengubat segala duka.

Tapi aku yakin dan sentiasa percaya, kasih sayang Mama tiada tandingannya. Biar pun aku bukan sebagus mana, aku yakin Isyraf pasti lebih suka bersamaku berbanding orang lain. Dan aku juga rasa, banyak perubahan yang aku lihat pada Isyraf. Contohnya, Isyraf sudah pandai mengmbil tuala dan memasukkan baju yang dipakai ke dalam bakul sebelum mandi, membaca doa sebelum makan (kadang2 tanpa disuruh), dah kenal dan sebut a few letters, menadah tangan membaca doa selepas azan. Walaupun semua perkara ini nampak biasa, tapi bagi aku, semua itu adalah istimewa.

Aku akan cuba terus yang terbaik untuk Isyraf. Kadang-kadang, aku sibuk dengan kerja rumah, aku terlupa untuk melayannya. Semoga stiap maa dan ketika adalah 'precious moments' bagi kami.

Thursday, January 21, 2010

Isyraf Rindu Ye

Teringat kisah Isyraf hari Isnin baru ni. Sehari selepas tok, tok wan dan Pak Su Isyraf balik ke Rompin. Aku tengah rajin memasukkan gambar ke dalam frame..Isyraf pun sibukla jugak melipat-lipat gambar yang ada. Tiba-tiba, aku dengar Isyraf menangis syahdu, sampai mengalir air mata. Aku tengok dia tengah pegang gambar kami beramai-ramai dengan tok, paksu dan yang lain2 semasa di Bukit Tinggi. Dia asyikla renung gambar tu, sambil menangis. Sebaknya aku tengok. Masa menaip ni pun rasa bergenang air mata aku. Aku pujuk dia..mula2 aku macam tak percaya yang dia dah pandai tuntuk emotion dia mcam tu..Aku tunjuk lagi sekali gambar tu, dia nangis lagi. Nangis yang shahdu. Bila tunuk gambar Abi dia pun nangis. Bila tunjuk gambar aku, dia tak nak. Aku rasa mungkin betullah dia masih teringat lagi...

Dah besar rupanya Isyraf, dah pandai merindu...nanti kita balik Rompin ye sayang...Lagipun esok, tok, tok wan dan pak su akan datang lagi...

Buta ITkah Diri Ini?

Only tonight aku baru tahu macam mana to change my basic template to templates yang cantik2 kat luar tu...after a few attempts..

Friday, January 8, 2010

Holiday in Langkawi

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat balik ke Langkawi masa cuti Krismas yang lepas. Flight dah ditempah awal, jadi walaupun Isyraf masih batuk, kami buat keputusan untuk balik jugak diiringi doa yang tidak putus2. Alhamdulillah semuanya ok kecuali Isyraf menangis-nangis dalam kapal terbang nak turun dari seat (nak berlari2lah tu). Nasib baiklah flight sejam je.

Kali ni balik terasa lebih 'best'. Bukan saja dapat jumpa mak, cik, mak dan ayah, kebetulan kak dan abang pun balik. Lepas rindu selepas berbulan dah tak jumpa. Dapat pulak makan sotong fresh dari laut. Memang sedap sangat. Suami sempat ikut kawan ayah dan abang pergi candat sotong. Diarong bermalam di laut, bertolak pukul 7 malam, balik pukul 8 pagi esoknya. Dapatlah 15 kg sotong. Ayah bungkuskan kat kitorang untuk bawak balik, mula2 ayah balut sotong-sotong tu dengan surat khabar, then balut dengan plastik baru masuk peti sejuk. Esoknya bila bawa balik ke Bangi, memang macam fresh lagi.

Isyraf pulak dapat mandi laut dengan sepupu-sepupunya 5 orang . Memang bestlah diorang. Mandi kat laut dekat dengan rumah je. Lepas mandi laut, bilas diorang dengan air perigi kat situ, then jalin kaki ramai-ramai balik rumah. Esoknya, bawa Isyraf & 2 sepupunya ke Harbour View & Awana. Kebetulan kat Harbour View ada mini Petrosains, ada banyak mainan yang more to sains. Bestlah diorang main, Isyraf sampai tak nak balik.

Sehari sebelum balik, ayah & mak bawa cucu-cucu naik bot, makan angin. Aina, Aysfa & Isyraf excited sangat. Aku pun ikut sekali sebab aku pun teringin sangat. Ayah bawa jalan-jalan tak jauh dari pantai. Cantik sangat. Pemandangan pantai dekat dengan rumah tu pun cantik sangat, aku pun tak sangka. Boleh nampak Langkawi Village dari situ. Lepas naik bot, diorang mandi laut lagi. Isyraf bukan main suka lagi. Habis berkilat kulit. Huhu. Alhmdulillah batuk Isyraf pun makin baik.

Memang best sangat balik Langkawi. Sedih je bila dah nak kena balik sini. Sunyi pulak rasa bila tinggal dengan Isyraf je kat rumah. Tak sabar nak balik Langkawi lagi. Abang, jangan marah...nak buat macam mana, Langkawi memang best :)
 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase