Tuesday, January 29, 2008
Work is so depressing :(
Actually I did call Faiz, a friend of mine in YTN. Asking her if there is any vacancy. She told me that there would be a vacancy only if Kak Roslina is promoted to the manager position. I really hope that I can transfer there. I am not really sure that I would like the work, but I don’t like the work I do here either. So, I think it would just be the same. But the advantage of working in YTN is it only 15-20 minutes away from my house.
And I also did email Yong in Perjawatan, asking her the steps I should take to apply for that post. Still waiting for her reply.
I really really hope that I can move out from here and learn, gain something new. And my long-term dream is still to work on my own….
Sunday, January 27, 2008
Weekend Yang Memenatkan..
Hari Sabtu, pukul 12.00 tgh hari, aku dan suami bertolak ke Ampang Puteri untuk ambil second dose ATT. By 2.30pm, baru sampai rumah. Lepas solat zohor, kami keluar lunch dan settlekan perkara-perkara yang perlu disettlekan. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 5.30pm. Lepas solat asar, kami keluar lagi. Kali ni dengan Angah dan kawannya ke rumah Ki di Shah Alam. Angah nak pinjam kereta kelisa aku yang sekarang ada pada Ki. Sampai sana almost 7.00pm, Ki ajak pegi makan. Lepas makan, kami rushing ke Masjid Shah Alam untuk solat Maghrib. Since hujan lebat, kami tunggu sampai solat Isyak. By 10.00pm, baru sampai rumah.
Hari Ahad, 11.30am bertolak ke rumah Adik untuk angkat barang. Adik nak pindah ke rumah baru. Almost 3.00 pm baru habis. Rushed ke Balai Islam TNB untuk Solat zohor. Lepas tu ke Proton Glenmarie, jumpa Angah kat sana sebab Angah ajak tengok kereta. Dia plan nak beli kereta baru. By 5.30pm baru sampai rumah. Lepas solat terus masak sebab tak sempat lunch tadi. Lepas makan, solat Maghrib, aku terus tertidur. Tengah malam baru bangun solat Isyak.
Memang penat sangat….
Monday, January 21, 2008
A few weeks to go
Bagiku pengalaman mengandung adalah pengalaman yang amat manis bagiku. Aku rasa semua ibu merasakan perkara yang sama. Alhamdulillah, saat awal kehamilanku, aku tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma sakit kepala yang agak teruk beberapa kali di bulan-bulan pertama. Selepas itu, segalanya berjalan lancar.
'Midvalley' menjadi tempat persinggahan kegemaranku. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku mengajak suamiku ke Midvalley, biasanya selepas kerja. Pening kepala suamiku dengan telatahku. Walaupun beberapa jam berjalan, aku masih lagi bersemangat sedangkan suamiku sudah mengadu lenguh kaki.
Aku juga mula berjinak-jinak dengan 'online shopping'. Bermacam-macam laman web yang aku lawati. Antaranya:
http://www.littlewhiz.com/
http://www.mybbstore.com/
http://susuibu.com/
http://www.momlittleones.com/
Seronok juga rupanya online shopping. Crib set, stroller dan car seat aku beli secara online memandangkan harganya lebih murah. Alhamdulillah, barang-barang tersebut aku terima dalam keadaan yang baik. Selepas ini rasanya akan lebih banyak barang aku akan beli secara online.
Mengidam? Rasanya aku tidaklah mengidam sangat. Cuma teringin hendak makan beberapa jenis makanan, antaranya - pulut sekaya/ seri muka, durian dll. Tapi yang memang betul-betul aku mengidam adalah untuk membeli handphone. Hampir setiap minggu aku mengadu kepada suamiku yang aku teringin sangat hendak membeli handphone. Tetapi, aku terpaksa betul-betul pertimbangkan hasratku memandangkan kami perlu membeli barang-barang keperluan baby. Namun, akhirnya aku bulatkan nekadku untuk membeli handphone baru setelah aku tidak mampu lagi melawan perasaanku. Memang terasa puas dan gembira tidak terkata apabila handphone baru berada di genggamanku.
Hip Hip Hoorey!!

Wednesday, January 16, 2008
That's Life

Date with Doctor :)
Seperti biasa, kami terpaksa menunggu hampir sejam setengah sebelum namaku dipanggil. Dr. Fauziah juga seperti biasa akan bertanya sekiranya kami ada sebarang pertanyaan mengenai kandunganku. Aku cuma melahirkan rasa bimbangku mengenai diriku yang sering berasa seperti hendak pitam. Badanku juga sering berasa sejuk di bahagian dalam. Kata doktor, itu disebabkan tekanan darahku yang rendah. Doktor juga memeriksa tahap hBku dan hasilnya ianya telah menurun ke 10.5 daripada 12. Aku dinasihatkan untuk mengambil sepenuhnya ubat yang doktor berikan. Dan yang paling aku ingat, doktor bertanyakan aku "Ada minum teh tak?". Terasa seperti sebiji das tembakan terkena mukaku. Suamiku tersenyum-senyum di sebelahku. Aku mengangguk perlahan. :) "Teh tak boleh minum, nanti dia absorb ubat-ubat yang awak makan tu..." Oh tidak!!Suramlah pagiku selepas ini. Setelah berjaya meninggalkan minuman kegemaranku Nescafe, aku beralih kepada teh pula. Itupun, aku berusaha untuk mengambil cuma beberapa hirup sahaja setiap pagi. Hendak tinggalkan terus, memang terasa peritnya. Tapi pagi tadi, aku cuba sahut cabaran baru ini. Terpaksalah menelan Milo yang sememangnya tidak kugemari. Nasib badan...
Dr. juga seperti biasa 'scan' perutku yang comel ni. Kata Dr., berat baby sudah 2kg. Wow..Sedang Dr. cuba untuk merakam gambar 3D wajah babyku, Dr. dapat panggilan telefon memintanya ke Labor Room 5. Kecewanya aku. Tapi apakan daya, sudah tanggungjawab Dr. Pasti ada baby yang perlu Dr. sambut. Dan beberapa minggu lagi, akan tiba pula giliran aku. INsyaallah.
Walauapapun, aku tetap lega sebab babyku sihat dan 'progress well'. Syukur pada Allah. Selepas makan dan solat Asar, kami pun bertolak pulang ke rumah. Dan sekali lagi, dalam perjalanan, aku terasa seperti hendak pitam dan aku hanya terbayang katil dan bantal-bantal di
rumah. Doaku, cepatlah sampai..
Tuesday, January 15, 2008
Sayang Mama

Monday, January 14, 2008
Penantian Yang Terindah
