Thursday, August 20, 2009

Di Suatu Malam


Di suatu malam, Mama tiba-tiba rajin nak ambil gambar. So, seperti biasa, Isyraflah yang jadi mangsanya...


Isyraf khusyuk tengok VCD Brainy Baby- tengah belajar ABC

Ala, masamnya muka anak mama..


Ha, macam tulah..baru handsome :)


Apa tu Isyraf?



Tolong!! Isyraf nak terkam Mama!!


I LOVE YOU SO MUCH!!!!!!!











Hobi Isyraf

Antara hobi Isyraf dari dulu sampai sekarang adalah membaling barang. Yang selalu jadi mangsa ,botol susu dialah. Sekarang pulak, Isyraf akan baling/ sepahkan barang dia ke serata ceruk rantau yang ada. Pening kepala Mama. Patutlah Mama maintain kurus, kena kutip barang-barang yang Isyraf letak kat merata-rata tempat. Belakang kebinet TV, bawah high chair, dalam toilet, dalam sinki, dalam baldi, dalam kitchen kabinet, dalam tong sampah, kat tangga, bawah sofa dan lain-lain lagi. Kelakarlah Isyraf ni. Mama tak set pun KPI untuk anak Mama letak barang-barang kat segenap rumah.



Patutlah Mama cari baju Isyraf yang ni tak jumpa.
Macam-macam ada dalam tong sampah ni...

Salah satu KPI Isyraf (yang diset sendiri) ialah setiap kali pintu toilet terbuka,
kena ada barang yang dibaling ke dalam toilet.
Nasib baik belum ada yang masuk toilet bowl.

Baling barang ke dalam sinki - satu lagi hobi Isyraf
Isyraf juga sekarang dah pandai membuka semua almari/ kitchen kabinet kat rumah. Habislah barang-barang kat dalam tu. Seperti biasa, sebelum tidur, acara mengutip barang-barang di setiap penjuru rumah.


Antara kebinet kesukaan Isyraf. Tengah memilih barang yang nak di'simpan'



Dah pilih barang. Main dulu sebelum 'disepahkan' :p



Erk..?? Isyraf, macam mana garam ni boleh ada atas sofa?






Isyraf bila terlepas di Taman Permainan

Stop untuk posing jap..

Isyraf dikejar paparazzi..


Isyraf tengah layan 'blues'..


Isyraf nak pi mana tu? Isyraf!!


Seperti biasa, Isyraf dengan senyuman 'menawannya'


Hehe..Isyraf is here..




Cuti-cuti Di Cameron Highland


Cuti-cuti di Cameron sebenarnya pada bulan Julai yang lepas, tapi baru malam ni sempat upload gambar. Ada rezeki dapat book banglo TNB, Sharples, jadi kami ajak family sebelah saya untuk sama-sama bercuti di Cameron. Memang meriah sangat. Bukan senang nak dapat jumpa semua. Yang dapat sama-sama ke sana ialah:
Mak Tok
Nenek
Pak Long & Mak Long
Pak Ngah, Mak Ngah, K Aina & K Asyfa
Abi, Mama & Isyraf
Pak Teh, Mak Teh & Udin
Pak Jang
Pak Cik Isyraf & Abi di Ladang Teh Palas. Fuhh,
Kakak Ika gak nak sampai atas nih.

Semua sekali 16 orang. Tapi tak semua yang ada dari Jumaat sampai Ahad. Ada yang datang lambat, ada yang kena balik awal. Apapun semua orang happy.








Minum petang di atas bukit...best..


Overnye anak Mama sorang ni senyum




Gambar beramai2 di halaman Sharples. Anak Mama sekali
lagi dengan senyum 'menawannya'





Main jongkang-jongkit. Geng biru vs merah

Tuesday, August 11, 2009

Thank you

Abang,

Thank you for your helping hands last night. I was so tired and still fighting my 8 days-headache. Thank you for cooking for us. Thank you for washing all Isyraf's diapers. Thank you for wahing all of our clothes. Thank you for tidying the house. Thank you for unpacking our travelling bag. (Now I realise, so many things you did last night?)

I have no money to buy you a present, so I wanna let you know that I appreciate it sooooooooooooo much. You are such a great husband you know!!


THANKYOUTHANKYOUTHANKYOUTHANKYOUTHANKYOUTHANKYOUTHANKYOU

Wednesday, August 5, 2009

Azam Buku Baru

Cepatnya masa berlalu. Hari ini sudah tiba 15 Sya'ban. Bermulanya buku baru. Dengan harapan semuanya akan menjadi serba baru. Baru yang lebih baik.

- Kehidupan baru
- Sikap baru
- Semangat baru
- Asirah baru

Aku sebenarnya sedih sangat mengenangkan kehidupan aku yang telah berlalu. Terlalu banyak kekurangan. Terlalu banyak dosa. Terlalu banyak kelalaian. Terlalu banyak kesilapan. Walaupun sedar, tapi aku teruskan juga dengan segala kekurangan, dosa, kelalaian dan kesilapan itu. Kadang-kadang aku rasa hati aku bagaikan keras dan mati. Hati yang perlu dibaja semula. Perlu dilentur semula. Dengan air mata keinsafan seorang hamba kepadaNya.

Dunia ini memang melalaikan. Penuh dengan tipu daya. Aku jadi sibuk dengan dunia sampai terlupa tanggungjawab utama sebagai hambaNya.

- Aku sibuk bekerja mencari rezeki untuk meneruskan hidup, tapi kadang-kadang kesibukan itu membuatkan aku letih untuk bersyukur dan beribadah kepadanya.

- Aku sibuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, tapi kadang-kadang kepenatan dan keletihan membuatkan aku lalai menunaikan hakNya

- Aku sibuk melengkapkan keluarga bahagiaku dengan pelbagai cara - bergurau senda, berjalan-jalan, bercuti-cuti sehingga kadang-kadang aku lupa melengkapkan amalanku kepadanya

- Aku marah dan geram dengan sikap sesetengah orang di sekeliling aku sehingga kadang-kadang lupa natijahnya aku sendiri mendapat dosa atas perasaan aku itu

Ya Allah, jauhnya aku daripada menjadi hambaMu yang benar-benar HAMBA kepadaMu. Bantulah aku untuk berubah Ya Allah. Peliharalah aku dan keluargaku dari segala PENYAKIT - penyakit hati yang paling utama.

Perkara-perkara asas yang wajib bagi seorang muslim yang belum aku mampu realisasikan dalam kehidupan aku dan aku berharap aku akan dapat melakukannya dan beristiqamah dengannya:

- Solat pada waktunya serta ikhlas & khusyu' melaksanakannya
- Menjadi isteri solehah - sentiasa taat, senyum, menyenangkan hati suami
- Tidak mengumpat atau menceritakan perkara yang tidak baik tentang orang lain (termasuklah bosku)

Itu perkara-perkara asas. Kalau aku senaraikan perkara-perkara lain yang perlu aku perbaiki, rasanya berjela-jela panjangnya.

Apapun, aku akan cuba melaksanakannya. Ya Allah, berilah aku kekuatan....
-
 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase