Aku rasa mungkin itulah apa yang Isyraf akan ucapkan kalau dia pandai berkata-kata. Aku sendiri dari hari ke hari makin tak sabar untuk bersama Isyraf sepenuhnya di rumah. Aku tahu, bukan satu perkara yang mudah menguruskan anak dan rumah, tapi aku akan cuba melakukan yang tebaik.
Sebenarnya, setelah ada yang dapat tahu yang aku akan berhenti kerja, pelbagai respon yang aku terima-
'dah fikir masak-masak ke?'
'sayangnya..penat belajar tinggi-tinggi'
'boleh ke nak tanggung semua belanja nanti...'
'bestnya..saya pun memang ada plan nak berhenti kerja'
'bolehlah rest lepas ni kan'
dan bermacam-macam lagi. Kadang-kadang, aku hanya mampu tersenyum bila mendengar respon-respon yang diberikan. Dan aku terima semuanya dengan hati terbuka. Yang aku tahu, aku dah fikir masak-masak dan aku yakin dengan keputusan aku ni. Walaupun sebenranya, ini bukan satu keputusan yang mudah.
Ada juga yang bertanya, macam mana boleh buat keputusan macam ni? Sejak bila fikirkan tentang ni? Tiba-tiba atau dah lama pertimbangkan? Sebenarnya niat untuk berhenti kerja dah lama aku luahkan pada suami. Tapi, setelah berbincang, kami tahu yang kami belum mampu untuk bergantung hanya pada satu pendapatan. Lagipun, aku masih 'bonded' dengan TNB. Bila tiba tahun 2009, aku kembali memikirkan tentang perkara ini. Kali ini dengan lebih serius. Mengambil kira pinjaman aku dengan TNB, jumlah perbelanjaan bulanan dsb, aku mula membuat perancangan. Setelah berfikir dan berbincang dan beberapa kali tertangguh, aku akhirnya menghantar surat perletakan jawatan aku.
Perasaan?? Gembira, takut, risau, semuanya ada. Gembira akhirnya nanti aku dapat menjaga Isyraf sepenuhnya. Walaupun masih banyak perlu aku belajar sebagai ibu, tapi aku yakin perasaan dan kasih sayang seorang ibu takkan sama dengan orang lain. Aku hargai setiap detik yang aku habiskan dengan Isyraf. Aku harap aku dapat lakukan yang terbaik untuk Isyraf.
Takut. Takut sama ada nanti aku akan berasa kekok dengan kehidupan baru atau tidak. Aku sedar, menjaga dan menguruskan anak dan rumah bukan semudah yang disangka. Aku tahu yang aku perlu belajar untuk lebih bersabar. Dengan kerenah anak yang sedang membesar dan kerja rumah yang tidak pernah habis, aku sedar cabaran yang ada tidak kurang hebatnya.
Bimbang. Bimbang sama ada kami mampu 'survive' dengan pendapatan separuh daripada biasa. Aku tahu yang aku perlu lebih berjimat cermat dan berbelanja seadanya. Dengan kehidupan di sini yang serba serbi memerlukan wang, aku harap kami mampu untuk menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Tiada lagi baju baru setiap bulan, tiada lagi 'branded' baju/ seluar, tiada lagi makan di luar yang mahal-mahal, tiada lagi barang-barang periasan rumah yang baru. Sememangnya it's a new life for me and my family.
Apapun, insyaallah aku yakin ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga kami dapat mengharungi segala dugaan yang datang dengan redha dan sabar.
www.tudungnur.com : Ceritaku dan Tudung Bidang 60’
12 years ago
0 comments:
Post a Comment