Selepas aku dan hubby decided yang aku akan resign, aku dah mula fikirkan macam mana aku nak berjimat cermat. Aduhh, pening jugak kepala aku. Actually, sebelum decided to resign, aku dah fikir dan analyse boleh tak kami settlekan loan kereta dan rumah (part aku) dan boleh tak survive at least sampai end of this year.
Aku cuba analyse jugak our spending pattern sebelum ni, hmm..memang mengecewakan. Kami sepatutnya boleh simpan lebih daripada apa yang kami simpan setiap bulan. Tapi, biasalah, ada je benda nak dibeli. Aku ni taklah asal raa nak beli terus je beli, but still tak cukup berjimat cermat.
Sekarang ni kami sedang cuba berjimat cermat. Dan rasanya bermacam-macam lagi cara yang patut kami buat untuk berjimat cermat. Ini adalah antara apa yang kami sedang buat untuk berjimat cermat:
1) Masak di rumah - aku sekarang ni seboleh-bolehnya akan masak sendiri di rumah. Masak something simple je especially malam weekdays macam sambal tumis, goreng sayur, sup, tom yam, goreng ikan masin dsb. Biasanya, kalau masak sendiri ni, masak apapun rasa laju je makan. May be sebab fresh + doa y lahir dr hati tukang masaknye kot (cheeewwwaaahhh...). Lgpun, mmg kalau masak sendiri, setiap kali nak basuh apa2, kita selawat, nak masak baca bismillah, so mmg jauh beza dengan cara tukang masak kat kedai2 tu. Tapi kadang-kadang, kalau dua2 kitorang tak larat sangat, terpaksala bungkus jugak.
Actually, bila aku analyse balik, kita memang spent banyak untuk makan. Ok, katakan sarapan untuk 2 orang RM5, lunch RM8, dinner RM8, jadi total dah RM21 sehari. Sebulan RM630. Belum campur kuih+coklat+asam atau sekali-sekala makan kat luar yang mencecah RM30/40 sekali makan. Rasanya mencecah jugak RM700 - 800.
2) Tukar Astro package - kami tukarkan ke astro yang basic je. Mula-mula ingat tak nak guna Astro langsung, tapi memikirkan favorite channel Isyraf Astro Oasis tu, tak jadi pulak. At least Isyraf rajin dengar zikir-zikir + ceramah-ceramah agama tu. So, jimatla at least RM20 sebulan, jadi setahun jimat RM240. Banyak tu, boleh masuk tabung Isyraf.
3) Guna Cloth Diaper - selain main reason aku guna cloth diaper untuk kebaikan Isyraf + nak go green, saving is the other reason jugak. Untuk bertambah save lagi, aku pun jadilah dealer, so aku bolehla beli at cheaper price. Alhamdulillah, so far rasa best guna cloth diaper ni. Walaupun kena buat kerja lebih sikit, tapi rasa macam puas. Lagi satu, memang terasa sangat yang every month dah tak payah beli Mamypoko yang hampir RM1 sekeping tu. Sebelum ni memang guna Mamypoko kat rumah, sekurang-kurangnya kena budget RM60 sebulan. Kat babysitter guna drypers (dia kata dia tak nak aku buang duit beli mahal2 :p), yang tu dalam RM45 sebulan. So RM105 sebulan which selalunya lebih, apatah lagi Isyraf memang kerap sangat poo poo.
4) Ambil peluang sale - pakaian Isyraf sekarang ni aku beli bila ada sale yang memang sale je. Dah tak tergamak nak beli yang mahal-mahal. Ni untuk baju jalan-jalan la. Kalau baju pakai hari-hari tu, beli yang biasa-biasa je. Tu pun, Isyraf pakai sampai lunyai :p. Tambah pulak Isyraf sekarang ni kurus je, baju-baju dia boleh pakai lama sikit. Lagi save :).
5) Tiada yang baru melainkan yang lama - terutamanya barang-barang hiasan rumah. Rasanya dah berkurun tak beli barang-barang baru. No more IKEA. Cukuplah apa yang ada. Yang penting bersih dan kemas (which is cakap senang, susah nak buat). Ada lagi 2/ 3 barang yang dah beli tak gantung/ lekat lagi. Tak sempat (ye ke?).
Aku dan suami dah lama tak buat/ beli baju baru. Rasanya kakak tukang jahit kat Seksyen 3 tu pun pelik, sebelum ni tiap-tiap bulan hantar kain, sekarang sunyi sepi je. Baju raya pun mula-mula ingat malas dah nak buat, tapi buat jugaklah sepasang.
6) Tiada lagi credit cards - bukanlah kami buang terus credit cards yang ada. Aku dah terminate yang conventional punye. Yang husband punya tak ter terminate lagi, tapi memang dah tak guna langsung yang konventional. Tinggal yang Islamic je. Tu pun, peraturan baru kami sejak beberapa bulan lalu, hanya guna bila perlu sahaja, contohnya untuk book flight dan apa-apa yang perlu guna credit card. Memang rasa lebih tenteram & lapang :).
7) Kurangkan bil telefon - tengah cuba, tapi belum berjaya. Sebab, asyik telefon ke Langkawi je. SMS pulak memang banyak sangat. Kena tukar plan kot kan?
8) Jimat elektrik - tengah cuba jugak, rasanya belum berjaya sangat. Kena cuba lagi.
9) Kurangkan guna tol - pergi kerja memang dah jarang ikut NPE, tapi masa balik tu, kadang-kadang terpaksa jugak, sebab nak sampai rumah cepat.
Buat masa ni, itu saja yang teringat apa yang kami sedang buat untuk berjimat cermat. Rasanya, banya lagi cara hendak berjimat cermat ni. Insyaallah, tengah plan dan akan cuba impelement. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami dan memberi kami kekuatan menghadapi apa jua dugaan dan cabaran.
Ameeeen.....
www.tudungnur.com : Ceritaku dan Tudung Bidang 60’
12 years ago