Monday, June 1, 2009

Tetamu Setia

Kasihannya saya rasa apabila melihat seekor kucing yang kurus kering menunggu kepulangan kami di hadapan pintu pagar rumah. Entah berapa hari agaknya kucing tersebut tidak makan. Malangnya, kami tidak mempunyai stok ikan di rumah. Saya cuba hidangkan nasi putih kosong, tapi sedikit sahaja dia menjamahnya. "Hmmm...memilih juga kucing ni', desis hati saya.

Saya pun membeli makanan kucing di Billion dengan harapan dia akan menyukainya. Memang habis dimakannya. Rasa sebak bercampur gembira melihat kucing tersebut makan. Dia makan dengan penuh semangat. Kasihan dia, mesti terlalu lapar. Saya yang berpuasa sehari pun seakan sudah tidak berdaya. Saya sebenarnya tidak gemarkan kucing, tapi rasa kasihan mengatasi perasaan tidak suka saya. Cuma, saya tidak benarkan kucing tersebut masuk ke dalam rumah kami. Risau juga mengenangkan Isyraf yang selalu batuk dan selsema.

Kini, kucing tersebut menjadi penunggu setia di rumah kami. Pinggan makanannya pasti sudah kosong apabila kami pulang dari kerja. Tidak sabar dia menunggu makan malamnya pula. Walaupun risau yang kucing tersebut mungkin akan membuang najisnya di halaman rumah kami, saya tidak ada pilihan lain. Tidak sanggup saya bayangkan untuk biarkan dia kembali kelaparan...

Itulah tetamu setia tumah kami, Kathy the Cat...hehe

3 comments:

sYiMa said...

baik2 tau. dulu kat rumah lama saye,macam tulah, bagi makan stray cats.pastu, bile kitorang tak bagi sbb takde makanan, die redah tong sampah kitorang.pastu sometimes, bukak pintu je terus masuk.naik tension saye yg takutkan kucing ni.tp hasilnya, anakanda saya mmg pencinta binatang, sama cam abahnye =)

About Me said...

skrg pun, kalau lmbt bg makan, mulalah nk masuk rumah. saya mmg tak berapa sket ngan kucing ni, tp kesian plak. Isyraf tak taulah lg cmne suka binatang ke tak, ada je possibility sbb tok wan dia kt langkawi bela berbelas-belas ekor kucing :)

sYiMa said...

kat rumah saya dah ade rabbit..sepasang.baru beli last sunday.tu abah dioranglah, ikutkan si hanna.so if isyraf nak main rabbit, bolehlah datang visit =)

 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase