Wednesday, June 3, 2009

TV, Zikir dan Lagu

Isyraf since dalam pantang dah suka tengok TV. Ikut mama dia ke ek? Agaknye kot sebab masa tengah pregnant rasanya memang asyik tengok TV je, especially Health and Home Discovery tu (betul ke nama channel nih?).

Antara mula2 favorite iklan yang Isyraf suka tengok were iklan TV3 dan Digi.Sekarang ni semua iklan Isyraf suka, termasuk iklan2 drama atau filem. Kalau ada kat dapur berlari-lari dia ke ruang tamu ataupun jenguk dari jauh :).

Yang bestnya, Isyraf suka tengok zikir (Indahnya Iman) kat Astro Oasis. So, kitorang pun memang dah hafal time zikir ni, pagi-pagi (masa time tengah bersiap nak pergi kerja), pukul 1.00 petang, 4.00 petang, 7.00 malam dan 8.00 malam. Tapi dia pilih gak zikir-zikir yang dia suka. Favorite Isyraf is Asma'ul Husna. Dan kebanyakan zikir yang dibawa oleh Muniff. Pastu Isyraf akan tersenyum kalau ada sorang adik lelaki ni baca al-quran, memang sedap suara dia. Kalau ada part sorang adik ni baca doa pun Isyraf akan tersenyum. May be sebab budak-budak kot, Isyraf suka. Lagi satu, bila time doa lepas azan, Isyraf akan tengok mama atau abi dia tadah tangan baca doa ke tak (sambil tersenyum - ntah nape dia senyum pun tak tau). Tapi, bila suruh dia tadah tangan sama, dia tak nak. Isyraf, Isyraf...

Kitorang (mamanya sebenarnya)try beli CD untuk Isyraf. Beli masa dia kecik lagi, tapi masa tu Isyraf tak suka tengok. Bila dia besar sikit, try pasang lagi, guess what, Isyraf fell in love dengan CD Brainy Baby. Yg jenis2 lain semua dia tak suka. Sekarang ada 3 koleksi BRainy Baby dan Isyraf memang selalu tengok. Rasanya dia pun dah hafal dah. Mama and abi dia pun dah hafal dah..hehe. Bestnya CD ni, dia lebih kepada fun sambil belajar sikit-sikit. Isyraf mula-mula dulu memang duduk diam je tengok. Senyum bila part yang dia suka. Cakap something...like daa..thu..baa..bila part yg dia curios or suka, tp tak tau dia nak cakap apa sebenarnya..Bila nak buat kerja (esp. memasak), terpaksa la mama pasangkan CD ni especailly bila abi tak de sebab Isyraf memang pantang dengar mama dia memasak, mesti dia ke dapur dan minta didukung nak tengok apa kita buat.

Pastu Mama Isyraf plak suka nyanyikan Isyraf nursery rhymes (tak pe kan?? Zikir pun selalu gak..hehe), just to make him happy and eratkan ikatan silaturrahim (ahaks..:)).Dengan mama dia la..

Antara lagu favorite Isyraf are:

ABC
Alif Ba Ta (ikut ryhme ABC)
Ride on the Bus (tak tau tajuk sebenarnye)
Twinkle Twinkle Little Star
Baa Baa Black Sheep
You Are My Sunshine
Itsy Bitry Spider

Ok, nanti saya tuliskan lyrics lagu-lagu ni...Lau-lagu ni sebenarnya kebanyakannya dalam CD tu, so terhafalla sekali..

Memang ada pros and cons bagi anak tengok TV, VCD/DVD dan dengar lagu. Tapi saya percaya kita as parents yang kena betul2 monitor and control. Kitorang cuba hadkan program yang kitorang tengok bila Isyraf is around. Tp kadang2, tertengok gak..Huhuhu. Tapi, we'll try our best to do whatever we can do untuk kebaikan Isyraf...we are still learning..Semoga Allah mempermudahkan..

Monday, June 1, 2009

Tetamu Setia

Kasihannya saya rasa apabila melihat seekor kucing yang kurus kering menunggu kepulangan kami di hadapan pintu pagar rumah. Entah berapa hari agaknya kucing tersebut tidak makan. Malangnya, kami tidak mempunyai stok ikan di rumah. Saya cuba hidangkan nasi putih kosong, tapi sedikit sahaja dia menjamahnya. "Hmmm...memilih juga kucing ni', desis hati saya.

Saya pun membeli makanan kucing di Billion dengan harapan dia akan menyukainya. Memang habis dimakannya. Rasa sebak bercampur gembira melihat kucing tersebut makan. Dia makan dengan penuh semangat. Kasihan dia, mesti terlalu lapar. Saya yang berpuasa sehari pun seakan sudah tidak berdaya. Saya sebenarnya tidak gemarkan kucing, tapi rasa kasihan mengatasi perasaan tidak suka saya. Cuma, saya tidak benarkan kucing tersebut masuk ke dalam rumah kami. Risau juga mengenangkan Isyraf yang selalu batuk dan selsema.

Kini, kucing tersebut menjadi penunggu setia di rumah kami. Pinggan makanannya pasti sudah kosong apabila kami pulang dari kerja. Tidak sabar dia menunggu makan malamnya pula. Walaupun risau yang kucing tersebut mungkin akan membuang najisnya di halaman rumah kami, saya tidak ada pilihan lain. Tidak sanggup saya bayangkan untuk biarkan dia kembali kelaparan...

Itulah tetamu setia tumah kami, Kathy the Cat...hehe
 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase