Tuesday, May 26, 2009

Kenapa Saya Menggunakan Cloth Diapers?

Sebenarnya saya sendiri masih baru dengan cloth diaper ini walaupun saya sudah lama sedar tentang kebaikannya. Mungkin disebabkan persepsi yang salah tentang kelecehan menggunakan cloth diaper ini yang membantutkan niat saya untuk menggunakannya lebih awal. Selepas membaca satu blog yang mana seorang ibu berkongsi pengalamannya menggunakan cloth diaper untuk anaknya, saya terus rasa teruja untuk mencubanya untuk anak saya, Isyraf.

Pelbagai sebab ibu-ibu di seluruh dunia menggunakan cloth diaper untuk anak-anak mereka. Bagi saya, terdapat 3 sebab utama mengapa saya menggunakan cloth diaper untuk anak saya iaitu:

i) Kebaikan Anak

Daripada pembacaan saya, disposable diapers diperbuat daripada bahan-bahan kimia yg bertujuan untuk menyerap cecair dengan berkesan. Bahan-bahan kimia ini boleh memberi kesan yang tidak baik untuk kulit bayi. Bayangkan anak kita terpaksa memakai disposable diaper ini selama sekurang-kurangnya 2 atau 21/2 tahun.

Cloth diaper sebaliknya diperbuat daripada fabrik yang tidak membahayakan kulit bayi. Fabrik yang bersentuhan dengan kulit bayi ini tetap kering walaupun bayi telah kencing beberapa kali. Insert yang dimasukkan di bawah lapisan fabrik tadi yang menyerap air kencing bayi.

Berdasarkan pengalaman saya, kulit anak saya yang sebelum ini asyik berbintik-bintik merah akibat ruam lampin telah hilang setelah menggunakan cloth diaper. Anak saya juga nampak selesa menggunakan cloth diaper ini walaupun pada waktu malam.


ii) Alam Sekitar

Saya sememangnya menyokong penuh slogan ‘Go Green’ walaupun belum mampu mengaplikasikan sepenuhnya. Salah satu cara yang boleh saya lakukan ialah dengan menggunakan cloth diaper.

Saya sememangnya sedar sejak awal lagi bahawa disposable diaper antara penyumbang terbanyak bahan buangan di rumah saya. Kadang-kadang wujud juga rasa bersalah terhadap alam sekitar. Jadi, dengan adanya cloth diaper ini, hasrat saya untuk mengurangkan bahan buangan yang susah untuk dilupuskan ini dapat saya tunaikan.

iii) Mengurangkan Kos

Saya masih belum menggunakan sepenuhnya cloth diaper memandangkan anak saya masih dijaga oleh babysitter apabila saya bekerja. Memandangkan babysitter anak saya menjaga agak ramai bayi dan kanak-kanak, saya bimbang dia keberatan untuk menggunakan cloth diaper ini.

Walaupun begitu, bagi saya penggunaan cloth diaper ini sememangnya akan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Mungkin kos awal untuk membeli cloth diaper ini agak tinggi, tetapi ia boleh digunakan bagi tempoh yang lama. Malah, jika dijaga dengan baik, ia boleh digunakan untuk anak-anak yang seterusnya. Saya yang menggunakan cloth diaper hanya untuk waktu malam dan hujung minggu (dan cuti-cuti yang lain) telah dapat merasai penjimatan dari segi kurangnya disposable diapers yang perlu saya beli. Suami yang pada mulanya kurang faham tentang cloth diaper pun semakin menggalakkan saya menggunakan cloth diaper ini.

Berikut ialah pengiraan ringkas jumlah penjimatan sekiranya menggunakan cloth diaper bagi tempoh 2 tahun:


Disposable diapers

4 (4 diaper dalam sehari) x 30 hari x RM0.50 x 24 bulan (2 tahun) = RM1,440.00


Cloth Diaper

6 diaper x RM55.90 = RM335.40



Jumlah penjimatan = RM1,104.60


Apapun, ia terpulang kepada kita untuk memilih apa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kerana setiap orang mempunyai sebab dan halangan masing-masing. Bagi saya, saya tidak pernah menyalahkan ibu-ibu yang menggunakan disposable diaper kerana mungkin mereka mempunyai sebab yang tersendiri. Niat saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya bersama ibu-ibu di luar sana yang mungkin tertanya-tanya tentang cloth diaper ini. Bagi yang ingin mencuba, SELAMAT MENCUBA dan SEMOGA BERAJAYA.

Cloth Diaper - My Own Experience

I first heard about cloth diaper when I read a discussion about it in one forum on the internet. I was then aware of the benefits of using the cloth diaper, but I was thinking that it’s inefficient for me to cloth diaper my son since he is with the baby sitter during the day where I think it would trouble her if my son using cloth diaper. I also had the idea that the cloth diaper is not suitable to be used at night as it might require frequent changes or else it will leak.

So, I never had an intention to try the cloth diaper until I found this blog where a mother shared her experience using cloth diaper. She said that she wonders why there are still many of us not using close diaper as for her it is so convenient to use.

I decided to try cloth diapering my son. So, I bought 3 cloth diapers online (as it was cheaper to be in three) and I hope that I have chosen a good brand. Since I still send my son to the babysitter during the day, I just use cloth diaper at night and during the weekend. I will change my son to cloth diaper before he sleep (around 8 – 9pm) and the next change would only be in the morning before we left our home for work. There was no leakage and the fabric that directly touches the baby’s skin stayed dry. Only the inserts (it’s like towels that we put inside the diaper) that will drink up and trap the water. My son also seemed so happy and comfortable wearing it. I will just then soak both the diaper and the inserts before going to work and will rinse and put them in the washing machine when coming back from work. It’s so easy to me. If my son poo poo, I just need to use the hose to wash the poo down the toilet before soaking it.

For weekends, I am trying to fully cloth diapering my sons, but sometimes I was running out of it (since I only have three of them). I definitely will buy more which I think 6 are just nice. For me, using cloth diaper is really worth it, it’s not only about saving your money; it is also about saving your environment and the most important thing it’s for your baby’s sake. I noticed that there is no more rash problem for my son. He is happy and I am happy for him J. I am comfortable and happy with the brand that I chose and I want to share it with all mommies out there.

So, let’s go for cloth diapers!!!

Sunday, May 3, 2009

Isyraf and Camera

Isyraf took his first step when he was one year old. We were so excited. But Isyraf, being an independent boy, never let us to hold his hand. He wanted to do it by himself. He crawled to the closest sofa or wall, stood up and walked. I desperately wanted to hold his hand and walk side by side with him. But until now, he will pull his hand from mine and walk by himself. Huhuhuhu.

Isyraf was also good at making faces when we took his picture. He proudly showed his two 'big' teeth. Ahaks, he was so cute. Let's look at his photos...






 
Copyright 2010 My Precious Moments. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase